Tuesday, 15 May 2012
myMetro | 78 peratus pengguna komputer perakui guna perisian cetak rompak
myMetro | 78 peratus pengguna komputer perakui guna perisian cetak rompak
78 peratus pengguna komputer perakui guna perisian cetak rompak
KUALA LUMPUR: Kajian Cetak Rompak Perisian Global BSA 2011 menunjukkan 78 peratus pengguna komputer di Malaysia menggunakan perisian cetak rompak.
Kajian oleh Business Software Alliance (BSA) juga menunjukkan sebilangan pengguna menggunakan perisian cetak rompak sepenuhnya atau sebahagian besar masa manakala yang lain sekali-sekala atau jarang-jarang.
"Tahun lepas, 55 peratus cetak rompak perisian berlaku di Malaysia, bermakna 11 daripada 20 program yang digunakan tidak berlesen," kata BSA dalam satu kenyataan hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa BSA Malaysia Ronald Chua berkata cetak rompak perisian menuntut respon serupa seperti kesalahan lain, pendidikan awam bersepadu dan penguatkuasaan undang-undang.
"Jika 78 peratus pengguna mengaku mencuri, walaupun jarang-jarang, pihak berkuasa akan bertindak dengan meningkatkan rondaan polis atau hukuman," katanya.
Kajian itu juga mendapati mereka yang mengaku menggunakan perisian cetak rompak di Malaysia terdiri daripada lelaki berusia antara 18 dan 24 tahun. - BERNAMA

pengalaman mengembara
Sedikit perkongsian pengalaman. Saya telah menjalankan Latihan Amali Industri di Jabatan Hal EhwaL Agama Islam Kelantan(JAHEAIK) dlm Bhagian Dkwah..pada 4-7Mei 2008 kami brsama pegawai JAHEIK turun ke Perkampungan Orang Asli di Pos Balar (tempat yg plg jauh berbanding perkgpungan org asli lain di Kelantan) bagi merasmikan Masjid yang baru siap dibina. Pengalaman tu xdpt nk lupakan...Kami bertolak pd pukul 9 pg dr JAHEAIK, pukul 4ptg mula memasuki jln bukit menuju ke sana, sampai di sana pada pukul 8.00mlm, kami terpaksa melalui jln yg berlopak dan meredah 4 batang sungai.. perjalanannya sungguh mencabar..
Bila tengok org asli tu rasa seronok...tp sedih gak, Mereka msk Islam..tp Islam sekadar nama..cuba shbt bayangkan..ajar bc al-Fatihah pun susah nk tangkap, sampai beberapa kali pun kami ajar,diaorg xblh ikut. ajar solat tp xpandai bc Quran..diaorg ni bila ada makanan je br diorg datg utk belajar.. diaorg msk Islam kerana mereka fikir msk Islam dapat duit..itu masalahnya..
Kita pulak terpaksa berhadapan dengan puak-puak Kristian, mrk juga giat menyuntik ajaran Kristian kepada puak2 Org Asli, setiap Jumaat mrk msk ajarkan Bible kepada org aSli, lepas tu buat jamuan dan hidangkan arak dan kadang-kadang hidangkan babi...Pos Balar ni, Ketua mereka beragama Kristian, puak Kristian telah memberi alaun Bulanan kepada penghulunya setiap bulan..satu cabaran bagi Kita dan JAHEIK sendiri wlaupun pihak JAHEAIK telah menempatkan pegawai untuk mengajar dan mengawasi mereka yang dah masuk Islam
Doakan mereka, walaupun Islam sekadar nama tetapi mereka tetap dalam agama yang suci ini..mg Allah membuka pintu hati mereka.mempermudahkan mereka untuk kenal Islam...
sinopsis sehijau warna daun
Cerpen ini mengisahkan kehidupan sebuah keluarga Tionghua yang tinggal di perkampungan orang Melayu iaitu Kg. Kemuning. Mei Ling yang merupakan watak utama dalam cerita ini menjalani kehidupan yang sukar bersama ibunya Nyonya Khoo. Ayahnya telah meninggal dunia kira-kira tiga tahun yang lalu. Meskipun hidupnya susah, mereka beruntung kerana sering dibantu oleh keluarga Haji Hashim.
Nyonya Khoo bekerja sebagai penoreh getah di kebun Haji Hashim. Di samping menoreh, dia memperoleh pendapatan sampingan daripada hasil menjual pisang yang ditebangnya di kebun Haji Hashim. Mei Ling seorang anak yang baik dan memahami kesusahan hidup keluarganya. Dia rajin belajar dan selalu berbincang dengan Siti, anak Haji Hashim. Mei Ling sangat menghargai bantuan dan pertolongan daripada keluarga Haji Hashim.
- Tema: Perpaduan kaum dan sikap tolong-menolong dalam masyarakat yang mewujudkan masyarakat yang harmoni.
selamat hari ibu
Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku
Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku
Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku
Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua
Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini

Subscribe to:
Posts (Atom)